Saturday 26 December 2015

Glam magazine X Olympea by Paco Rabanne


Assalamualaikum...lama dah tak post apa-apa. So arini sajalah nak buang sikit-sikit sawang kat blog ni. Hehe.

So macam yang korang nampak tu, aku pegang majalah Glam Dis 2015 issue yang aku beli minggu lepas kalau tak silap sebelum tengok wayang cerita Star Wars:The Force Awaken. Actually takde niat pun nak beli majalah ni tapi sebab nampak dalam plastik majalah tu dorang bagi perfume tu, terus rasa nak beli. Kalau nak ikutkan aku ni memang gila perfume cuma belum cukup kaya nak beli banyak untuk buat koleksi.

Kat dalam plastik tu dorang bagi botol tester or botol easy-to-carry or watever namanya yang size kecik macam aku pegang tu. Perfume tu namanya Olympea by Paco Rabanne and its eau de parfume which is the smell stay longer about 6-8 hours. Tapi sebabkan dorang bagi kecik cinonet tu je, nak spray banyak-banyak pun jadi sayang and i dunno how long the smell stay with me.

For me lah kan, bau dia tu memang memenuhi citarasa aku dan bagi aku bau yang macam ni boleh diklasifikasikan bau mahal. Tu bagi aku lah sebab lain orang lain citarasa. Tapi aku tak tahu kalau botol besar yang 50ml or 100ml tu akan tetap bau yang sama atau tak kan. Sebabnya, kadang-kadang bila botol besar sikit ni, ofcourse la kuantitinya lebih kan dan sekali kita spray tu, lebih banyak yang keluar so maybe bau dia boleh jadi lebih harum or lebih keras or lebih lembut.

Jadinya setakat yang botol kecik ni, memang bau dia sangat best and i really like it. So for those yang tengah tercari-cari perfume, apa kata korang beli majalah ni sebab dapat free perfume Olympea and kalau korang rasa bau dia best, korang belilah yang size besar sikit. Tak rugi pun beli sebabnya nanti korang boleh baca pulak majalah Glam ni lepas korang dah puas bau perfume tu. Dalam majalah ni pun macam-macam up-to-date pasal fesyen yang korang boleh baca time boring-boring tu kan. Ok lah, selamat membeli. Tataa....

Monday 23 November 2015

Leopard Inspired

Assalamualaikum & hello everyone...

Bulan lepas iaitu bulan oktober which is my birthday month (opss) but bukan tu pon nak bagitau. Haha. Sebagaimana yang semua tahu, oktober adalah bulan hollowen tapi tak bermaksud aku sambut ok! Cuma kadang-kadang bila tengok mekap dorang macam menarik, betul tak?

Disebabkan aku pun macam alamak bosannya tak tau nak buat apa, tetiba macam ada mentol keluar atas kepala *plink*, terus dapat idea kengkononnya nak buat mekap tema hollowen.

Haaa. Ni lah dia mekap leopard tak jadi. First attempt ni kira boleh la kan. Yang belah kiri tu bare face la kan.

Kalau korang nak attend party wild animal ke, party costume pape ke yang ade kaitan dengan leopard ni boleh la jadi sumber inspirasi korang. Tapi I akan cuba la untuk try untuk leopard inspired ni lagi supaya dapat improve skill lagi. Hehe 

Ni gambar lain kalau korang tak puas tengok lah. 

Ok kalau korang perasan, kelopak mata, dahi, salah satu pipi dan tepi dagu tu ada corak leopard jugak tapi disebabkan ni first time buat so aku pun macam still takut-takut nak size macam mana untuk corak tu. Sebenarnya nak buat mekap macam ni pun sebab tengok kat instagram 1minutemakeup and ada orang tu (tak ingat IG dia) buat mekap leopard ni untuk hollowen dia tu la. Bila tengok macam cantik pulak and tetiba nak pulak try kat muka sendiri. Tapi masa buat tu main agak-agak ingat jelah dan bajet macam awak tu kreatif sangat takda nak tengok gambar buat rujukan, tu yang tak menjadi sangat.

Korang rasa macam mana? Hahahaha. Nanti nak try buat lagi untuk mekap leopard ni sampai puas hati. Nanti yang paling puas hati tu la aku upload. Ok tak? Haha

Oklah, kalau korang ada idea ke boleh la share sikit untuk mekap jenis apa. Kalau yang senang tu boleh la aku try buat. Hihi. Till meet again geng!

Tuesday 3 November 2015

Product Review : Safi Rania Gold Facial Scrub

Assalamualaikum & hello everyone...!



Safi Rania Gold Facial Scrub is a first scrub i ever had in my life. Sounds funny right? Well, this is the fact. I bought it last wednesday but first used it was two days after i bought it..

Can you imagine when i said i just bought it last wednesday and i said it is my first scrub, thats mean even before i get married, i never scrub my face and also i never go to any facial and treatments to make my face more glowing on my wedding day. The thing i do was make some musker from honey and lemon (that depend on tahap kerajinan jugak. Haha)

So, when i rubbed and washed Safi Rania Facial Scrub, i feel like 'wow' where my oily face gone?! Haha. But i think everyone felt the same when using scrub from any brand right? So i think, oh this is the feel after using scrub. Second time i used that scrub was monday's nite, but i dont know either the gap between friday and monday is ok or not to use scrub because as you known, use scrub 3-4 times per week only.

This scrub contains Bio Nano Gold 24K, Silk Protein, Vitamin C & Carnosine. Its help removing dead skin cell better than facial cleanser beside it gently removes dead skin cell, dirt and sebum that are trapped within pores, stimulates collegen production for supple skin, reduces wrinkle depth, help lock in moisture and lighten skin tone and protects skin from free radicals, leaving skin bright and even-toned. Skin is soft, smooth and radiant. That is why my skin didnt feel dry yet i didnt feel it harm my skin and i feel more freshness.

The most important thing about this product is, it halal (selamat dan suci). I have another product of Safi Rania Gold but it still incomplete set. I try to complete it first and try it about one month then i will make review about that.

So for those who are still searching what product you wanna try, i highly recommanded this product to try it on but if you got any allergic after used it, please stop using that product because not every skin are suitable for every product.

Till meet again. Xoxo!


Sunday 18 October 2015

Ke Dapur Kita : Apam Susu

Assalamualaikum & hello everyone..!

Right now, i'm facing either internet problem or file problem, i cant show you my another art which is my soft and sweet makeup style inspired.

So i decided to share about something that i made 4 days ago. Something that out of track from beauty thing (makeup & review product).

Taraaaaaaaa.....

This thing we called it as Apam Susu. This is the 1st apam susu that i have made and i feel so proud of myself because i can made such a fluffy apam in 1st trial. Actually to make this apam is super easy and you just need only a few ingredients. Just follow step by step like in picture below.


Special thanks to the owner of the recipe and thanks to my friend who shared this recipe. Hey, give it a try and you will surely love it 😊 Till we meet again. Buhbye. Xoxo...!

Sunday 11 October 2015

American Eyebrow vs Korean Eyebrow

Assalamualaikum & hello everyone...!

Entry kali ni aku nak tunjuk perbezaan kening mat saleh dengan kening si kpop. Kalau kita tengok, si kpop ni mostly tak tiru style barat ni. Dorang ada style tersendiri dalam bidang makeup ni.

Left : american eyebrow , Right : korean eyebrow

Kalau korang boleh nampak kat gambar tu, memang nampak ketara perbezaan kening tu. Maaf ye, aku memang sengaja pekatkan kening tu nak kasi lagi nampak.

American eyebrow : macam yang korang boleh nampak, kening orang-orang amerika ni lebih tinggi dibahagian hujung dan ekornya lebih panjang.. Kening tinggi ni memberikan impak yang lebih garang, lebih yakin, dan menonjolkan tulang kening. Kalau korang perasan, kebiasaannya perempuan Malaysia lebih cenderung style kening ke arah american style ni. So cara nak buat kening macam ni, korang buat line bawah dulu, masa part arch tu, korang naikkan lebih sedikit dan panjangkan sedikit ekornya. Then baru korang lukis line atas pulak, lepas tu warnakan kening belah dalam. Untuk orang yang tak cukur kening macam aku, korang boleh guna teknik gam or teknik tutup baki kening tu dengan concealer. Aku punya kening agak senang kalau nak tutup rerambut tu sebab bulu tak berapa nak banyak tapi agak susah nak bentuk sebab tak berapa nak nampak bentuk kening.

Korean eyebrow : kening jenis orang-orang korea ni pulak lebih kepada flat or rata dan warna kening dorang selalunya lebih kepada coklat. Kening jenis ni nampak lebih innocent dan natural orang kata. Kan kalau kita tengok pelakon-pelakon dorang semua nampak cam baik walaupun watak jahat. So kalau korang nak try kening minah kpop ni, better korang lukis line bawah dulu sebabnya kening dorang kan rata. Kalau korang nak lebih cantik, korang boleh buat ekor sikit macam aku buat tu, tapi jangan nampak sangat takut dah lari dari style kpop ni nanti, then korang lukis line atas pula dan warnakan kening dengan colour yang lebih natural macam coklat or coklat cair. Ok lah, kalau korang tak paham, kita boleh discuss lebih lagi kat komen k. 

Till we meet again. Buhbye, xoxo!


Friday 9 October 2015

Annoying habits

Assalamualaikum & good evening everyone....!

Pernah tak korang tengok or korang sendiri yang lalui, sesuatu tingkah laku atau perbuatan yang dah jadi tabiat korang. Contohnya macam ni eh, sesetengah perempuan bertudung (orang Malaysia la, orang luar aku tak tahu la), akan menggerakkan salah satu pipi atau kedua-dua pipi sebab takot lipatan tudung kat tepi tu jatuh kot. Lagi satu contoh macam kawan ayah aku, akan buat bunyi macam hembus angin dari hidung untuk 3-4 kali, selang seminit dua. Kita dengar macam soh seh soh seh camtu tau. And ofcourse la orang yang tak biasa jadi macam geli. Mesti rimaskan kalau tengok?

Ok, sebenarnya kan, benda tu boleh ubah. Aku cakap ni takdalah nak ikut kajian ke apa tapi berdasarkan diri sendiri. Dulu aku pun jenis gerak-gerak kan pipi tu masa pakai tudung, mula-mula ikut orang, pastu termelekat kat diri sendiri. Pastu ibu aku penah tegur, asal muka tu dok terkenyit-kenyit. Dan dulu jugak aku suka berdehem tapi dari dalam, so aku rasa cam dada aku melepaskan satu beban dari dalam. Aku pun tak tahu kenapa jadi camtu.

Mungkin secara saintifik, perbuatan tu ada nama tapi aku tak pernah google ke apa la kan dan aku tak tahu la ada yang kajian ke tak. So aku rasa cam habits tu buat aku cam hodoh plus bodoh je sebab dok terkenyit-kenyit macam ibu aku cakap dan aku rasa tak tahan dok berdehem dari dalam tu, aku pun cuba untuk tak buat. Aku cakap dalam diri ni, jangan buat, tahan tolong tahan, lama-lama benda tu hilang sendiri kalau praktis la kan.

So kalau korang ada masalah yang macam tu, try la belajar kawal habits korang tu. Kalau korang rasa korang rimas tengok orang yang macam tu dan dalam masa yang sama korang pun macam tu jugak, belajar-belajar la kawal ok. Just take your time tapi kena kawal. Jangan hari ni je cuba kawal tapi esok lusa dah lupa.

Kita boleh kawal diri kita. Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah, yang buruk itu dari kita sendiri hambanya. Berusahalah!

Jumpa lagi. Buhbye. Xoxo!

Classic Inspired without false eyelashes

Assalamualaikum & hello everyone..!

Today i want to show you my most favourite makeup, which is inspired from the past and i called it as 'Classic' without false eyelashes.



For me, this classic style gives me super glamorous & sexy effect. Classic style ni memang tak banyak kerja sebab dia macam kau sapu-sapu foundation bagai, kau buh eyeshadow sikit dan blend kan dia, then eyeliner kau tajam dan lentikkan sikit kat hujung tu, buh lipstik merah, blusher yang soft, dah siap. Eyelashes tu untuk masing-masing punya pilihan, lagipun aku takda bendanya so aku tak pakai.

Untuk orang macam aku yang hidung tak mancung, confirmlah kan kena buat shading, tu pun tak jadi sangat. Ok, next time aku tunjuk step by step (cara aku lah k) untuk 'Classic Inspired' ni. 

Till meet again. Buhbye. Xoxo!

Thursday 8 October 2015

All time obsession

Assalamualaikum & hello......!

Miss me not? Hahaha. Ok, kali ni nak cerita sikit pasal all time obsession or gonna said as hobby la. Apa benda yang obses sangat kan? Obsesi itu adalah make-up.

Dulu-dulu, masa zaman habis sekolah menengah, adalah beli palate makeup kat watson. Beli yang murah je, takda jenama pun tapi sebab suka sangat makeup ni, so mintak ibu tolong belikan. Start dari tu lah, tiap kali keluar rumah mesti makeup. Kalau nak keluar rumah mesti berejam nak siap.

Tapi sekarang ni, obsesi tu dah kurang sikit, mungkin faktor usia dan kemalasan. So aku tukar obses aku tu ke arah hobi. Sekarang ni kalau keluar, ada masa tertentu je makeup. Itu pun makeup simple-simple or more tu nature look. Sebabnya apa tau, laki aku sound, time keluar nak cantik-cantik tapi dengan dia taknak pulak. Aku pun like alamakkk!

Walaupun sekarang dah jarang makeup kalau keluar, time ada masa lapang tu beranganlah jugak main conteng-conteng. Sekarang ni lebih kepada belajar skill dan teknik-teknik yang betul. Kot-kot la boleh jadi makeup artis kan. Cumanya sekarang ni tak mampu lagi nak beli makeup yang jenama gah tu. Takpelah, slow and steady dulu. Nah belanja sikit budak suka conteng muka ni. K lah jumpa lagi next entry k. Buhbye, xoxo!





Sunday 20 September 2015

Taraaaaa...my first picca!

Assalamualaikum and hello......!



Hai all, finally i can upload my picca. Yeayyyy!! After this, no more 'boring' entry (maybe) haha. 


This is spacky me 👓

With my mr.halim (mild,gentle,patient) but his name not halim 😄

Actually im still learning posting the entry using my smartphone and i still can't catchup a few thing from instruction so not all the pictures from my phone that attached into the album in google. I am sorry and i will upgrade my blog time by time. Just gimme a space to learn more about this, ok?

Till then. Buhbye! Xoxo


Monday 14 September 2015

Haze - Sept 2015

Assalamualaikum and hello.....!

As known, our country (Malaysia) being hit by haze about one to two weeks ago and it getting worst day by day. News state that the air pollutant index (Indeks Pencemaran Udara-IPU) within Lembah Klang (Selangor) got the critical IPU. The air in Putrajaya (where i live) also stated as critical among others in this country.

So, if you concerned about yourself, your family and your friends, advise yourself and them to take a precaution for being healthy all the time. Please use face mask to cover yourself from breathing an unhealty air if you need to work outside, please drink alot of plain water, and stop or make it less from outdoor activities if it is not necessary.

Even if you stay at home, you still breathe an unhealthy air inside you. If you ask me, what the different being at home and go outside? I will answer,  if you stay outside, the average of unhealthy air that you breathe more than you stay at home. It is because, at home, we have curtain or sliding door or windows, which can prevent or reduce or as a shield from the unhealthy air going inside our house. An advantage to a people who have air condition because the air condition itself has air filter, so they no need to open their curtain or windows for ventilation. Also, the food that you provide by yourself or a person from your house are better than outside.

To take care of your and your family's healthy in this situation is more important than to ignore it because once you got sick, you will make more trouble and worries to your family and boss (if you have employer), to your love one (if you are not married yet) and to yourself also. Don't you remember, if we are not feeling well as got fever and dizziness, its hard to us to walk even to get up from bed? The worst is we can't even accept any favourite food except porridge. So as others said, prevention is better than cure.

Oklah, actually penat giler nak buat ayat bahasa inggeris untuk orang yang tak berapa reti english macam aku ni (thanks mr.google translate) hahahah. Im so sorry for my english mistakes and i hope nobody will laugh at me. I am trying to post in english, so that all bloggers and readers by all over the country, not malay only can read my entry.

Anyone want to teach me or correcting my sentences or my word to an appropriate sentences or word? Anyone? You? You? Or you? If you do, please comment below and we can be friends too ☺️.

That all from me. Please take care of yourself malaysian! *as usual, no picture*

Buhbye! XoXo..

Sunday 13 September 2015

3 entry without picture

Assalamualaikum and helloooo...!

Rasa macam tak ada mood nak post blog sebabnya kali ni entry still tiada gambar. Ohhh, bosan sangat kannnn. Well, aku yang nak post ni pun rasa bosan apatah lagi korang yang nak baca kan? Tapi sebab aku bosan dihari ahad yang berjerebu terperuk kat rumah ni (actually almost 2 weeks jugak tak keluar rumah), tak tahu nak buat apa, masak sudah, kemas sudah, makan sudah, so terasa nak berblog lah pulak setelah berapa hari tinggalkan blog yang setakat 2 ketul je entry nya ni.

Terasa nak sangat buh pictures keadaan kat luar ni yang sangat berjerebu. Boleh bau asap sampai ke dalam rumah. Pening usah cakap la, mata rasa pedih, kadang-kadang rasa mual pun ada. Tingkap dan langsir terpaksa buka juga sebabnya kalau tutup memang ber'kuwap'/kepam la bilik ni. Kalau ada aircond boleh juga nak tutup tingkap bagai. So pengudaraannya berserta bau-bau asap la. Ingat orang duduk rumah tak makan asap ke? Ni kira makan asap juga lah ni. Asap jerebu. Yang keluar tu lagi la hadap asap.

So kepada semua kengkawan, jagalah kesihatan anda musim jerebu ni. Banyakkan minum air kosong, kurangkan aktiviti luar rumah (duduklah rumah macam aku ni. Haha), kalau rajin banyakkan mandi, pakailah topeng hidung dan mulut kalau keluar rumah serta amalkan makanan yang sihat untuk mencegah badan daripada penyakit (yang ni time tak jerebu pun kena amalkan ok!). Oklah, kalau ada pape komen atau cadangan, bolehlah komen-komen sikit. Jangan malu jangan segan, saya budak baru belajar 😁

Buhbyeeeee.....

Sunday 6 September 2015

A lil' bit about me

Assalamualaikum & hello everyone!


Semalam merupakan hari pertama aku sebagai seorang blogger. Harap- harap dapatlah jadi seorang blogger yang memberi input-input berguna nanti dan manalah tau kot-kot jadi blogger yang berjaya. Hihi.

Entry pertama jugak ada sebut aku ni seorang wife. Selamat diijabkabulkan tanggal 28 Nov 2014 bersamaan 6 safar 1436H, iaitu hari jumaat selepas asar di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @ masjid besi Putrajaya. Sajalah nak bagitau sikit, keesokan harinya tu adalah majlis sanding belah perempuan yang bertempat di ofis ayahku iaitu ibu pejabat polis marin Putrajaya, dan selang 2 minggu kemudian iaitu 14 Dis 2014 berlangsung pula majlis belah lelaki di dewan Felcra Changkat Lada yang mana masa tu 2 pasang pengantin disekalikan. Pasangan pengantin lagi satu tu merupakan abang kepada suami dengan pasangannya yang diijabkabulkan hari sabtu sehari sebelum tu di Ipoh.

Gambar aku post entry yang lain k sebab aku blogging ni pun guna fon je. Susah betol, kena install apps la apa la, lappy pulak pegi tinggal kat rumah mertua sebab rumah tu ada wifi. Hehehe

Ok next, kepada bloggers and readers yang baca blog aku ni, nama aku Fadhilah Jamil, korang boleh panggil Fadh Jamil or Fadh (but not fat ok!) or amoy/amoi or moy/moi. Macam mana boleh dapat amoy ni? Mula-mula sebab masa study kat kolej dulu, waktu sem1 duk dorm dalam 18 orang kot, aku pun tak ingat, masing-masing dok ingat aku ni anak cina la, ada mix cina la, tak habis-habis tanya, padahal takda pun (pasal keturunan ni nanti aku story lain), ada siap panggil amoi. Then 1 hari tu nak buat email, aku ni spesis tak banyak idea + tak berapa nak kreatif, atlast aku terfikir why not letak jela amoy, senang ingat. Time tu pulak masih kategori budak baru nak up, layan la YM (yahoo massenger la, tipu la kalau tak tahu) dan guna nama amoy tu sebagai id, last-last melekat sampai sekarang.

Nak dipendekkan cerita, aku ni pemalu orangnya, pendiam, susah nak bergaul dengan orang lain, tapi semenjak nak dekat-dekat kawin hari tu, aku belajar untuk jadi seorang yang banyak cakap. Sekarang pun masih cuba lagi. Aku suka makan, makanya badan pun sesuailah dengan gaya orang suka makan tu kan, sebab tu la aku agak sentap kalau orang panggil nama aku fat, padahal lain kot bunyi fat tu dengan fadh! Lagi satu, aku memang suka mekap. Suka sangat. Tapi disebabkan, yelah orang baru kawin kan, ekonomi tak seimbang lagi, so barang-barang mekap pun yang murah-murah je dan selalu guna tangan je nak tepek-tepek bedak, eyeshadow bagai tu. Janji ok dah la kan.

Disebabkan aku ni banyak sangat masa kan, aku jadi cam terlalu kuat berangan tau. Nanti kang aku cakap kat laki aku, "abang, kita buat macam gini macam gini, nak tak?", "kita buat bisnes nak tak?", macam-macamlah fikir ni, dan selalunya feedback laki aku memang mental down la. So last-last aku buat blog je, dah ini yang dia bagi dalam banyak-banyak idea.

Aku ni kengkonon takda idea sungguh masa nak buat blog, tapi bila dah dapat 1 ayat, 1 pun cukup la, mau kalah buat karangan ni. Patut la SPM aku A1 subjek BM,  seronok nak bercerita versi menulis ni. Mujur tak boleh menaip kat kertas soalan tu, kalau tak, berapa helai paper tah aku guna nanti. Haha. Sorry terbangga kejap.

Ok lah, nanti aku sambung lain karangan pulak, biar korang penat membaca. Hahaha. Semoga hari korang lebih baik dari semalam.

Buhbye !! xoxo ~


Saturday 5 September 2015

Newbie

Assalamualaikum & hello everyone !


Hai, apa khabar semua. Happy Independence Day to all Malaysian yang baru je lepas beberapa hari sudah. My blog still under maintainance so its quite bored and i am going to improvise it by time. 

Tujuan blog ni dibuat hanyalah untuk mengisi masa lapang si isteri yang 'berjawatan' surirumah sepenuh masa yang mempunyai tersangatlah banyaknya masa, makanya terciptalah blog ni lepas macam-macam benda nak dibuat tapi tak jadi disebabkan kekangan tertentu. Akhirnya, muncullah idea untuk buat blog dan kalau boleh nak vlog sekali. Malangnya, si suami tak bagilah pulak nak vlog-vlog ni, katanya tak suka nak tunjuk-tunjuk bini kat orang. Tapi tengoklah macam mana kan, sebabnya bini ni degil dan kuat melawan sikit. Huahuahua. Walau macam mana pun, nak buat blog ni mendapat keizinan daripada sang suami. So perempuan-perempuan yang dah bergelar isteri, minta izin kat laki korang kalau nak buat apa pun sebabnya dosa korang, laki korang tanggung.

** nak bahasakan diri apa ye? Aku? I? Ana? Nama? Hurmm. Aku lah ye senang nak cerita 😁

So, blog ini akan diupdate bergantung kepada ke'free'an yang ada macam blogger yang lain jugaklah dan maap la post-post akan dipost dalam bahasa melayu sebabnya english aku memang worst sikitlah tapi janganlah pelik & gelak pulak nanti tetiba seketul dua ayat or post yang bahasa inggeris. Almaklum la, awok ni dah bertahun habis belajar, time belajar pun tak pandai-pandai english nye. Eh, tetiba takde idea pulak nak type apa. Ok, malaslah nak bebel banyak, tunggu next entry pulak. 

* ada ke orang nak baca panjang-panjang macam ni? Hahahaha!