Sunday 6 September 2015

A lil' bit about me

Assalamualaikum & hello everyone!


Semalam merupakan hari pertama aku sebagai seorang blogger. Harap- harap dapatlah jadi seorang blogger yang memberi input-input berguna nanti dan manalah tau kot-kot jadi blogger yang berjaya. Hihi.

Entry pertama jugak ada sebut aku ni seorang wife. Selamat diijabkabulkan tanggal 28 Nov 2014 bersamaan 6 safar 1436H, iaitu hari jumaat selepas asar di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @ masjid besi Putrajaya. Sajalah nak bagitau sikit, keesokan harinya tu adalah majlis sanding belah perempuan yang bertempat di ofis ayahku iaitu ibu pejabat polis marin Putrajaya, dan selang 2 minggu kemudian iaitu 14 Dis 2014 berlangsung pula majlis belah lelaki di dewan Felcra Changkat Lada yang mana masa tu 2 pasang pengantin disekalikan. Pasangan pengantin lagi satu tu merupakan abang kepada suami dengan pasangannya yang diijabkabulkan hari sabtu sehari sebelum tu di Ipoh.

Gambar aku post entry yang lain k sebab aku blogging ni pun guna fon je. Susah betol, kena install apps la apa la, lappy pulak pegi tinggal kat rumah mertua sebab rumah tu ada wifi. Hehehe

Ok next, kepada bloggers and readers yang baca blog aku ni, nama aku Fadhilah Jamil, korang boleh panggil Fadh Jamil or Fadh (but not fat ok!) or amoy/amoi or moy/moi. Macam mana boleh dapat amoy ni? Mula-mula sebab masa study kat kolej dulu, waktu sem1 duk dorm dalam 18 orang kot, aku pun tak ingat, masing-masing dok ingat aku ni anak cina la, ada mix cina la, tak habis-habis tanya, padahal takda pun (pasal keturunan ni nanti aku story lain), ada siap panggil amoi. Then 1 hari tu nak buat email, aku ni spesis tak banyak idea + tak berapa nak kreatif, atlast aku terfikir why not letak jela amoy, senang ingat. Time tu pulak masih kategori budak baru nak up, layan la YM (yahoo massenger la, tipu la kalau tak tahu) dan guna nama amoy tu sebagai id, last-last melekat sampai sekarang.

Nak dipendekkan cerita, aku ni pemalu orangnya, pendiam, susah nak bergaul dengan orang lain, tapi semenjak nak dekat-dekat kawin hari tu, aku belajar untuk jadi seorang yang banyak cakap. Sekarang pun masih cuba lagi. Aku suka makan, makanya badan pun sesuailah dengan gaya orang suka makan tu kan, sebab tu la aku agak sentap kalau orang panggil nama aku fat, padahal lain kot bunyi fat tu dengan fadh! Lagi satu, aku memang suka mekap. Suka sangat. Tapi disebabkan, yelah orang baru kawin kan, ekonomi tak seimbang lagi, so barang-barang mekap pun yang murah-murah je dan selalu guna tangan je nak tepek-tepek bedak, eyeshadow bagai tu. Janji ok dah la kan.

Disebabkan aku ni banyak sangat masa kan, aku jadi cam terlalu kuat berangan tau. Nanti kang aku cakap kat laki aku, "abang, kita buat macam gini macam gini, nak tak?", "kita buat bisnes nak tak?", macam-macamlah fikir ni, dan selalunya feedback laki aku memang mental down la. So last-last aku buat blog je, dah ini yang dia bagi dalam banyak-banyak idea.

Aku ni kengkonon takda idea sungguh masa nak buat blog, tapi bila dah dapat 1 ayat, 1 pun cukup la, mau kalah buat karangan ni. Patut la SPM aku A1 subjek BM,  seronok nak bercerita versi menulis ni. Mujur tak boleh menaip kat kertas soalan tu, kalau tak, berapa helai paper tah aku guna nanti. Haha. Sorry terbangga kejap.

Ok lah, nanti aku sambung lain karangan pulak, biar korang penat membaca. Hahaha. Semoga hari korang lebih baik dari semalam.

Buhbye !! xoxo ~


No comments:

Post a Comment