Sunday 13 September 2015

3 entry without picture

Assalamualaikum and helloooo...!

Rasa macam tak ada mood nak post blog sebabnya kali ni entry still tiada gambar. Ohhh, bosan sangat kannnn. Well, aku yang nak post ni pun rasa bosan apatah lagi korang yang nak baca kan? Tapi sebab aku bosan dihari ahad yang berjerebu terperuk kat rumah ni (actually almost 2 weeks jugak tak keluar rumah), tak tahu nak buat apa, masak sudah, kemas sudah, makan sudah, so terasa nak berblog lah pulak setelah berapa hari tinggalkan blog yang setakat 2 ketul je entry nya ni.

Terasa nak sangat buh pictures keadaan kat luar ni yang sangat berjerebu. Boleh bau asap sampai ke dalam rumah. Pening usah cakap la, mata rasa pedih, kadang-kadang rasa mual pun ada. Tingkap dan langsir terpaksa buka juga sebabnya kalau tutup memang ber'kuwap'/kepam la bilik ni. Kalau ada aircond boleh juga nak tutup tingkap bagai. So pengudaraannya berserta bau-bau asap la. Ingat orang duduk rumah tak makan asap ke? Ni kira makan asap juga lah ni. Asap jerebu. Yang keluar tu lagi la hadap asap.

So kepada semua kengkawan, jagalah kesihatan anda musim jerebu ni. Banyakkan minum air kosong, kurangkan aktiviti luar rumah (duduklah rumah macam aku ni. Haha), kalau rajin banyakkan mandi, pakailah topeng hidung dan mulut kalau keluar rumah serta amalkan makanan yang sihat untuk mencegah badan daripada penyakit (yang ni time tak jerebu pun kena amalkan ok!). Oklah, kalau ada pape komen atau cadangan, bolehlah komen-komen sikit. Jangan malu jangan segan, saya budak baru belajar 😁

Buhbyeeeee.....

No comments:

Post a Comment