Monday 23 November 2015

Leopard Inspired

Assalamualaikum & hello everyone...

Bulan lepas iaitu bulan oktober which is my birthday month (opss) but bukan tu pon nak bagitau. Haha. Sebagaimana yang semua tahu, oktober adalah bulan hollowen tapi tak bermaksud aku sambut ok! Cuma kadang-kadang bila tengok mekap dorang macam menarik, betul tak?

Disebabkan aku pun macam alamak bosannya tak tau nak buat apa, tetiba macam ada mentol keluar atas kepala *plink*, terus dapat idea kengkononnya nak buat mekap tema hollowen.

Haaa. Ni lah dia mekap leopard tak jadi. First attempt ni kira boleh la kan. Yang belah kiri tu bare face la kan.

Kalau korang nak attend party wild animal ke, party costume pape ke yang ade kaitan dengan leopard ni boleh la jadi sumber inspirasi korang. Tapi I akan cuba la untuk try untuk leopard inspired ni lagi supaya dapat improve skill lagi. Hehe 

Ni gambar lain kalau korang tak puas tengok lah. 

Ok kalau korang perasan, kelopak mata, dahi, salah satu pipi dan tepi dagu tu ada corak leopard jugak tapi disebabkan ni first time buat so aku pun macam still takut-takut nak size macam mana untuk corak tu. Sebenarnya nak buat mekap macam ni pun sebab tengok kat instagram 1minutemakeup and ada orang tu (tak ingat IG dia) buat mekap leopard ni untuk hollowen dia tu la. Bila tengok macam cantik pulak and tetiba nak pulak try kat muka sendiri. Tapi masa buat tu main agak-agak ingat jelah dan bajet macam awak tu kreatif sangat takda nak tengok gambar buat rujukan, tu yang tak menjadi sangat.

Korang rasa macam mana? Hahahaha. Nanti nak try buat lagi untuk mekap leopard ni sampai puas hati. Nanti yang paling puas hati tu la aku upload. Ok tak? Haha

Oklah, kalau korang ada idea ke boleh la share sikit untuk mekap jenis apa. Kalau yang senang tu boleh la aku try buat. Hihi. Till meet again geng!

No comments:

Post a Comment