Sunday 13 March 2016

Puncak Mutiara Cafe - best!



Hai geng. Saya nak share satu tempat best untuk kaki makan iaitu Puncak Mutiara Cafe. Restoran ni terletak di Kampung Pelet, Pulau Pinang. Macam biasalah, kalau tak tau jalan, boleh waze or google maps saja. Kami datang pun kebetulan ada kenduri di Kedah dan kami pun first time nak try ni.

Apa yang best pasal restoran ni kan, menu dia confirm la sedap-sedap belaka, yang penting kawasannya besar, cantik dan selesa. Tak payah cakap, kalau korang datang mesti kagum dengan keluasan restoran ni. Kebanyakan menu yang disediakan lebih kepada menu western. Tapi korang jangan risau sebabnya dorang ada juga menu seperti yang disediakan di restoran biasa.

Ni menu yang kitorang order

Suami ada bagitau, restoran ni dikenali juga sebagai restoran ladang. Sebabnya apa tau? Sebabnya tokey restoran ni bina restoran bersebelahan dengan kandang kambing dan burung unta. Mungkin ada kandang lain sebab dalam menu yang disediakan juga terdapat ayam, daging lembu dan arnab. Kalau hari siang, korang boleh melawat ladang tersebut. Kami tak dapat nk tengok kawasan ladang sebab kami sampai malam, kalau malam apa je yang nampak kan?.
Depan pintu istana (katanya)

Ok, last but not least, kalau korang datang dan nak dapat tempat duduk yang best, korang booking dulu dengan dorang sebelum datang. Saya suggest meja di pool (macam bajet-bajet romantik gittew). Tapi better korang datang dulu, tengok kawasan, then next time korang boleh booking nak duduk area mana. Ok? Oklah, jumpa next post okey 😉 till meet again. Xoxo

Friday 11 March 2016

Boat Noodles - not recomended! (Personal Opinions)



Assalamualaikum, hai geng. Haritu saya dan si suami pergi makan dekat Boat Noodles di IOI City Mall. Nak try la apa yang special sangat sampai ramai sangat yang suka makan kat situ.

Sebelum ni, kalau saya makan sesuatu sampai terlalu kenyang, memang akan rasa nak muntah tapi boleh dikawal. Tapi lepas saya makan boat noodles ni, jalan berapa minit je, terus lari carik toilet sebab tak boleh langsung nak tahan muntah. Rugi tau! Huhu. Maybe salah saya jugak kot sebab minum air bersusu yang saya order tu penyebab rasa muak.

Selalunya kami tak pergi kedai yang tak ada logo halal tapi suami search kat internet, ada orang kata pernah nampak logo halal tu, so kami pun try la. Kami carik port untuk duduk diluar kedai sebab boleh tengok orang main ice skate kat tingkat bawah so agak-agak kalau ternampak ada orang tergolek, boleh gelak dari atas. Hahaha!

So bila makanan sampai, kami takdalah terkejut dengan size hidangan yang kecik sebab before this pun pernah tengok orang post di instagram dan facebook. Kalau nak tau, dalam setiap mee ada separuh chickenball dan secarik dua ayam atau meatball dan sehiris dua daging. Jangan mengharap isi yang banyak kalau harga murah.

Nak bagi info sikit la untuk menu yang kami order :
- 2 jenis ayam (dua jenis kuah - kuah kicap macam mee kolok & kuah macam soto orang johor)
- 2 jenis daging (dua jenis kuah - sama saja macam kuah untuk ayam)
- harga setiap mangkuk mee hanya RM1.90 saja.
- chickenball grill RM5.90 (secucuk ada 3 biji-ada 2 cucuk sepinggan) - not recomended
- meatball grill RM4.90 (secucuk ada 3 biji-ada 2 cucuk sepinggan) - not recomended
- ais blended green tea RM9
- ais blended coffee RM9
*maap ye kalau salah harga sebab ingat harga mee je. Hihi. Tapi tak lari banyak la kalau silap pun!

Lokasi (untuk IOI City Mall saja) : tingkat atas sekali. Kalau korang berada di tingkat yang ada icescape, korang naik lagi setingkat, bersebelahan restoran M.A.D. Ataupun korang boleh la pergi mana-mana cawangan boat noodles.

Suami cakap ni la first and last. Tak pergi dah la. Untuk kami laki bini ni memang kami tak rwcomend langsung la. Tapi kalau korang teringin sangat apa salahnya. Ni cuma kami suami isteri punya pendapat. Senang cerita, bukan makanan untuk tekak kami.

Oklah. Till meet again geng! Xoxo

Saturday 26 December 2015

Glam magazine X Olympea by Paco Rabanne


Assalamualaikum...lama dah tak post apa-apa. So arini sajalah nak buang sikit-sikit sawang kat blog ni. Hehe.

So macam yang korang nampak tu, aku pegang majalah Glam Dis 2015 issue yang aku beli minggu lepas kalau tak silap sebelum tengok wayang cerita Star Wars:The Force Awaken. Actually takde niat pun nak beli majalah ni tapi sebab nampak dalam plastik majalah tu dorang bagi perfume tu, terus rasa nak beli. Kalau nak ikutkan aku ni memang gila perfume cuma belum cukup kaya nak beli banyak untuk buat koleksi.

Kat dalam plastik tu dorang bagi botol tester or botol easy-to-carry or watever namanya yang size kecik macam aku pegang tu. Perfume tu namanya Olympea by Paco Rabanne and its eau de parfume which is the smell stay longer about 6-8 hours. Tapi sebabkan dorang bagi kecik cinonet tu je, nak spray banyak-banyak pun jadi sayang and i dunno how long the smell stay with me.

For me lah kan, bau dia tu memang memenuhi citarasa aku dan bagi aku bau yang macam ni boleh diklasifikasikan bau mahal. Tu bagi aku lah sebab lain orang lain citarasa. Tapi aku tak tahu kalau botol besar yang 50ml or 100ml tu akan tetap bau yang sama atau tak kan. Sebabnya, kadang-kadang bila botol besar sikit ni, ofcourse la kuantitinya lebih kan dan sekali kita spray tu, lebih banyak yang keluar so maybe bau dia boleh jadi lebih harum or lebih keras or lebih lembut.

Jadinya setakat yang botol kecik ni, memang bau dia sangat best and i really like it. So for those yang tengah tercari-cari perfume, apa kata korang beli majalah ni sebab dapat free perfume Olympea and kalau korang rasa bau dia best, korang belilah yang size besar sikit. Tak rugi pun beli sebabnya nanti korang boleh baca pulak majalah Glam ni lepas korang dah puas bau perfume tu. Dalam majalah ni pun macam-macam up-to-date pasal fesyen yang korang boleh baca time boring-boring tu kan. Ok lah, selamat membeli. Tataa....

Monday 23 November 2015

Leopard Inspired

Assalamualaikum & hello everyone...

Bulan lepas iaitu bulan oktober which is my birthday month (opss) but bukan tu pon nak bagitau. Haha. Sebagaimana yang semua tahu, oktober adalah bulan hollowen tapi tak bermaksud aku sambut ok! Cuma kadang-kadang bila tengok mekap dorang macam menarik, betul tak?

Disebabkan aku pun macam alamak bosannya tak tau nak buat apa, tetiba macam ada mentol keluar atas kepala *plink*, terus dapat idea kengkononnya nak buat mekap tema hollowen.

Haaa. Ni lah dia mekap leopard tak jadi. First attempt ni kira boleh la kan. Yang belah kiri tu bare face la kan.

Kalau korang nak attend party wild animal ke, party costume pape ke yang ade kaitan dengan leopard ni boleh la jadi sumber inspirasi korang. Tapi I akan cuba la untuk try untuk leopard inspired ni lagi supaya dapat improve skill lagi. Hehe 

Ni gambar lain kalau korang tak puas tengok lah. 

Ok kalau korang perasan, kelopak mata, dahi, salah satu pipi dan tepi dagu tu ada corak leopard jugak tapi disebabkan ni first time buat so aku pun macam still takut-takut nak size macam mana untuk corak tu. Sebenarnya nak buat mekap macam ni pun sebab tengok kat instagram 1minutemakeup and ada orang tu (tak ingat IG dia) buat mekap leopard ni untuk hollowen dia tu la. Bila tengok macam cantik pulak and tetiba nak pulak try kat muka sendiri. Tapi masa buat tu main agak-agak ingat jelah dan bajet macam awak tu kreatif sangat takda nak tengok gambar buat rujukan, tu yang tak menjadi sangat.

Korang rasa macam mana? Hahahaha. Nanti nak try buat lagi untuk mekap leopard ni sampai puas hati. Nanti yang paling puas hati tu la aku upload. Ok tak? Haha

Oklah, kalau korang ada idea ke boleh la share sikit untuk mekap jenis apa. Kalau yang senang tu boleh la aku try buat. Hihi. Till meet again geng!

Tuesday 3 November 2015

Product Review : Safi Rania Gold Facial Scrub

Assalamualaikum & hello everyone...!



Safi Rania Gold Facial Scrub is a first scrub i ever had in my life. Sounds funny right? Well, this is the fact. I bought it last wednesday but first used it was two days after i bought it..

Can you imagine when i said i just bought it last wednesday and i said it is my first scrub, thats mean even before i get married, i never scrub my face and also i never go to any facial and treatments to make my face more glowing on my wedding day. The thing i do was make some musker from honey and lemon (that depend on tahap kerajinan jugak. Haha)

So, when i rubbed and washed Safi Rania Facial Scrub, i feel like 'wow' where my oily face gone?! Haha. But i think everyone felt the same when using scrub from any brand right? So i think, oh this is the feel after using scrub. Second time i used that scrub was monday's nite, but i dont know either the gap between friday and monday is ok or not to use scrub because as you known, use scrub 3-4 times per week only.

This scrub contains Bio Nano Gold 24K, Silk Protein, Vitamin C & Carnosine. Its help removing dead skin cell better than facial cleanser beside it gently removes dead skin cell, dirt and sebum that are trapped within pores, stimulates collegen production for supple skin, reduces wrinkle depth, help lock in moisture and lighten skin tone and protects skin from free radicals, leaving skin bright and even-toned. Skin is soft, smooth and radiant. That is why my skin didnt feel dry yet i didnt feel it harm my skin and i feel more freshness.

The most important thing about this product is, it halal (selamat dan suci). I have another product of Safi Rania Gold but it still incomplete set. I try to complete it first and try it about one month then i will make review about that.

So for those who are still searching what product you wanna try, i highly recommanded this product to try it on but if you got any allergic after used it, please stop using that product because not every skin are suitable for every product.

Till meet again. Xoxo!


Sunday 18 October 2015

Ke Dapur Kita : Apam Susu

Assalamualaikum & hello everyone..!

Right now, i'm facing either internet problem or file problem, i cant show you my another art which is my soft and sweet makeup style inspired.

So i decided to share about something that i made 4 days ago. Something that out of track from beauty thing (makeup & review product).

Taraaaaaaaa.....

This thing we called it as Apam Susu. This is the 1st apam susu that i have made and i feel so proud of myself because i can made such a fluffy apam in 1st trial. Actually to make this apam is super easy and you just need only a few ingredients. Just follow step by step like in picture below.


Special thanks to the owner of the recipe and thanks to my friend who shared this recipe. Hey, give it a try and you will surely love it 😊 Till we meet again. Buhbye. Xoxo...!

Sunday 11 October 2015

American Eyebrow vs Korean Eyebrow

Assalamualaikum & hello everyone...!

Entry kali ni aku nak tunjuk perbezaan kening mat saleh dengan kening si kpop. Kalau kita tengok, si kpop ni mostly tak tiru style barat ni. Dorang ada style tersendiri dalam bidang makeup ni.

Left : american eyebrow , Right : korean eyebrow

Kalau korang boleh nampak kat gambar tu, memang nampak ketara perbezaan kening tu. Maaf ye, aku memang sengaja pekatkan kening tu nak kasi lagi nampak.

American eyebrow : macam yang korang boleh nampak, kening orang-orang amerika ni lebih tinggi dibahagian hujung dan ekornya lebih panjang.. Kening tinggi ni memberikan impak yang lebih garang, lebih yakin, dan menonjolkan tulang kening. Kalau korang perasan, kebiasaannya perempuan Malaysia lebih cenderung style kening ke arah american style ni. So cara nak buat kening macam ni, korang buat line bawah dulu, masa part arch tu, korang naikkan lebih sedikit dan panjangkan sedikit ekornya. Then baru korang lukis line atas pulak, lepas tu warnakan kening belah dalam. Untuk orang yang tak cukur kening macam aku, korang boleh guna teknik gam or teknik tutup baki kening tu dengan concealer. Aku punya kening agak senang kalau nak tutup rerambut tu sebab bulu tak berapa nak banyak tapi agak susah nak bentuk sebab tak berapa nak nampak bentuk kening.

Korean eyebrow : kening jenis orang-orang korea ni pulak lebih kepada flat or rata dan warna kening dorang selalunya lebih kepada coklat. Kening jenis ni nampak lebih innocent dan natural orang kata. Kan kalau kita tengok pelakon-pelakon dorang semua nampak cam baik walaupun watak jahat. So kalau korang nak try kening minah kpop ni, better korang lukis line bawah dulu sebabnya kening dorang kan rata. Kalau korang nak lebih cantik, korang boleh buat ekor sikit macam aku buat tu, tapi jangan nampak sangat takut dah lari dari style kpop ni nanti, then korang lukis line atas pula dan warnakan kening dengan colour yang lebih natural macam coklat or coklat cair. Ok lah, kalau korang tak paham, kita boleh discuss lebih lagi kat komen k. 

Till we meet again. Buhbye, xoxo!