Sunday 20 September 2015

Taraaaaa...my first picca!

Assalamualaikum and hello......!



Hai all, finally i can upload my picca. Yeayyyy!! After this, no more 'boring' entry (maybe) haha. 


This is spacky me 👓

With my mr.halim (mild,gentle,patient) but his name not halim 😄

Actually im still learning posting the entry using my smartphone and i still can't catchup a few thing from instruction so not all the pictures from my phone that attached into the album in google. I am sorry and i will upgrade my blog time by time. Just gimme a space to learn more about this, ok?

Till then. Buhbye! Xoxo


Monday 14 September 2015

Haze - Sept 2015

Assalamualaikum and hello.....!

As known, our country (Malaysia) being hit by haze about one to two weeks ago and it getting worst day by day. News state that the air pollutant index (Indeks Pencemaran Udara-IPU) within Lembah Klang (Selangor) got the critical IPU. The air in Putrajaya (where i live) also stated as critical among others in this country.

So, if you concerned about yourself, your family and your friends, advise yourself and them to take a precaution for being healthy all the time. Please use face mask to cover yourself from breathing an unhealty air if you need to work outside, please drink alot of plain water, and stop or make it less from outdoor activities if it is not necessary.

Even if you stay at home, you still breathe an unhealthy air inside you. If you ask me, what the different being at home and go outside? I will answer,  if you stay outside, the average of unhealthy air that you breathe more than you stay at home. It is because, at home, we have curtain or sliding door or windows, which can prevent or reduce or as a shield from the unhealthy air going inside our house. An advantage to a people who have air condition because the air condition itself has air filter, so they no need to open their curtain or windows for ventilation. Also, the food that you provide by yourself or a person from your house are better than outside.

To take care of your and your family's healthy in this situation is more important than to ignore it because once you got sick, you will make more trouble and worries to your family and boss (if you have employer), to your love one (if you are not married yet) and to yourself also. Don't you remember, if we are not feeling well as got fever and dizziness, its hard to us to walk even to get up from bed? The worst is we can't even accept any favourite food except porridge. So as others said, prevention is better than cure.

Oklah, actually penat giler nak buat ayat bahasa inggeris untuk orang yang tak berapa reti english macam aku ni (thanks mr.google translate) hahahah. Im so sorry for my english mistakes and i hope nobody will laugh at me. I am trying to post in english, so that all bloggers and readers by all over the country, not malay only can read my entry.

Anyone want to teach me or correcting my sentences or my word to an appropriate sentences or word? Anyone? You? You? Or you? If you do, please comment below and we can be friends too ☺️.

That all from me. Please take care of yourself malaysian! *as usual, no picture*

Buhbye! XoXo..

Sunday 13 September 2015

3 entry without picture

Assalamualaikum and helloooo...!

Rasa macam tak ada mood nak post blog sebabnya kali ni entry still tiada gambar. Ohhh, bosan sangat kannnn. Well, aku yang nak post ni pun rasa bosan apatah lagi korang yang nak baca kan? Tapi sebab aku bosan dihari ahad yang berjerebu terperuk kat rumah ni (actually almost 2 weeks jugak tak keluar rumah), tak tahu nak buat apa, masak sudah, kemas sudah, makan sudah, so terasa nak berblog lah pulak setelah berapa hari tinggalkan blog yang setakat 2 ketul je entry nya ni.

Terasa nak sangat buh pictures keadaan kat luar ni yang sangat berjerebu. Boleh bau asap sampai ke dalam rumah. Pening usah cakap la, mata rasa pedih, kadang-kadang rasa mual pun ada. Tingkap dan langsir terpaksa buka juga sebabnya kalau tutup memang ber'kuwap'/kepam la bilik ni. Kalau ada aircond boleh juga nak tutup tingkap bagai. So pengudaraannya berserta bau-bau asap la. Ingat orang duduk rumah tak makan asap ke? Ni kira makan asap juga lah ni. Asap jerebu. Yang keluar tu lagi la hadap asap.

So kepada semua kengkawan, jagalah kesihatan anda musim jerebu ni. Banyakkan minum air kosong, kurangkan aktiviti luar rumah (duduklah rumah macam aku ni. Haha), kalau rajin banyakkan mandi, pakailah topeng hidung dan mulut kalau keluar rumah serta amalkan makanan yang sihat untuk mencegah badan daripada penyakit (yang ni time tak jerebu pun kena amalkan ok!). Oklah, kalau ada pape komen atau cadangan, bolehlah komen-komen sikit. Jangan malu jangan segan, saya budak baru belajar 😁

Buhbyeeeee.....

Sunday 6 September 2015

A lil' bit about me

Assalamualaikum & hello everyone!


Semalam merupakan hari pertama aku sebagai seorang blogger. Harap- harap dapatlah jadi seorang blogger yang memberi input-input berguna nanti dan manalah tau kot-kot jadi blogger yang berjaya. Hihi.

Entry pertama jugak ada sebut aku ni seorang wife. Selamat diijabkabulkan tanggal 28 Nov 2014 bersamaan 6 safar 1436H, iaitu hari jumaat selepas asar di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @ masjid besi Putrajaya. Sajalah nak bagitau sikit, keesokan harinya tu adalah majlis sanding belah perempuan yang bertempat di ofis ayahku iaitu ibu pejabat polis marin Putrajaya, dan selang 2 minggu kemudian iaitu 14 Dis 2014 berlangsung pula majlis belah lelaki di dewan Felcra Changkat Lada yang mana masa tu 2 pasang pengantin disekalikan. Pasangan pengantin lagi satu tu merupakan abang kepada suami dengan pasangannya yang diijabkabulkan hari sabtu sehari sebelum tu di Ipoh.

Gambar aku post entry yang lain k sebab aku blogging ni pun guna fon je. Susah betol, kena install apps la apa la, lappy pulak pegi tinggal kat rumah mertua sebab rumah tu ada wifi. Hehehe

Ok next, kepada bloggers and readers yang baca blog aku ni, nama aku Fadhilah Jamil, korang boleh panggil Fadh Jamil or Fadh (but not fat ok!) or amoy/amoi or moy/moi. Macam mana boleh dapat amoy ni? Mula-mula sebab masa study kat kolej dulu, waktu sem1 duk dorm dalam 18 orang kot, aku pun tak ingat, masing-masing dok ingat aku ni anak cina la, ada mix cina la, tak habis-habis tanya, padahal takda pun (pasal keturunan ni nanti aku story lain), ada siap panggil amoi. Then 1 hari tu nak buat email, aku ni spesis tak banyak idea + tak berapa nak kreatif, atlast aku terfikir why not letak jela amoy, senang ingat. Time tu pulak masih kategori budak baru nak up, layan la YM (yahoo massenger la, tipu la kalau tak tahu) dan guna nama amoy tu sebagai id, last-last melekat sampai sekarang.

Nak dipendekkan cerita, aku ni pemalu orangnya, pendiam, susah nak bergaul dengan orang lain, tapi semenjak nak dekat-dekat kawin hari tu, aku belajar untuk jadi seorang yang banyak cakap. Sekarang pun masih cuba lagi. Aku suka makan, makanya badan pun sesuailah dengan gaya orang suka makan tu kan, sebab tu la aku agak sentap kalau orang panggil nama aku fat, padahal lain kot bunyi fat tu dengan fadh! Lagi satu, aku memang suka mekap. Suka sangat. Tapi disebabkan, yelah orang baru kawin kan, ekonomi tak seimbang lagi, so barang-barang mekap pun yang murah-murah je dan selalu guna tangan je nak tepek-tepek bedak, eyeshadow bagai tu. Janji ok dah la kan.

Disebabkan aku ni banyak sangat masa kan, aku jadi cam terlalu kuat berangan tau. Nanti kang aku cakap kat laki aku, "abang, kita buat macam gini macam gini, nak tak?", "kita buat bisnes nak tak?", macam-macamlah fikir ni, dan selalunya feedback laki aku memang mental down la. So last-last aku buat blog je, dah ini yang dia bagi dalam banyak-banyak idea.

Aku ni kengkonon takda idea sungguh masa nak buat blog, tapi bila dah dapat 1 ayat, 1 pun cukup la, mau kalah buat karangan ni. Patut la SPM aku A1 subjek BM,  seronok nak bercerita versi menulis ni. Mujur tak boleh menaip kat kertas soalan tu, kalau tak, berapa helai paper tah aku guna nanti. Haha. Sorry terbangga kejap.

Ok lah, nanti aku sambung lain karangan pulak, biar korang penat membaca. Hahaha. Semoga hari korang lebih baik dari semalam.

Buhbye !! xoxo ~


Saturday 5 September 2015

Newbie

Assalamualaikum & hello everyone !


Hai, apa khabar semua. Happy Independence Day to all Malaysian yang baru je lepas beberapa hari sudah. My blog still under maintainance so its quite bored and i am going to improvise it by time. 

Tujuan blog ni dibuat hanyalah untuk mengisi masa lapang si isteri yang 'berjawatan' surirumah sepenuh masa yang mempunyai tersangatlah banyaknya masa, makanya terciptalah blog ni lepas macam-macam benda nak dibuat tapi tak jadi disebabkan kekangan tertentu. Akhirnya, muncullah idea untuk buat blog dan kalau boleh nak vlog sekali. Malangnya, si suami tak bagilah pulak nak vlog-vlog ni, katanya tak suka nak tunjuk-tunjuk bini kat orang. Tapi tengoklah macam mana kan, sebabnya bini ni degil dan kuat melawan sikit. Huahuahua. Walau macam mana pun, nak buat blog ni mendapat keizinan daripada sang suami. So perempuan-perempuan yang dah bergelar isteri, minta izin kat laki korang kalau nak buat apa pun sebabnya dosa korang, laki korang tanggung.

** nak bahasakan diri apa ye? Aku? I? Ana? Nama? Hurmm. Aku lah ye senang nak cerita 😁

So, blog ini akan diupdate bergantung kepada ke'free'an yang ada macam blogger yang lain jugaklah dan maap la post-post akan dipost dalam bahasa melayu sebabnya english aku memang worst sikitlah tapi janganlah pelik & gelak pulak nanti tetiba seketul dua ayat or post yang bahasa inggeris. Almaklum la, awok ni dah bertahun habis belajar, time belajar pun tak pandai-pandai english nye. Eh, tetiba takde idea pulak nak type apa. Ok, malaslah nak bebel banyak, tunggu next entry pulak. 

* ada ke orang nak baca panjang-panjang macam ni? Hahahaha!