Sunday 13 March 2016

Puncak Mutiara Cafe - best!



Hai geng. Saya nak share satu tempat best untuk kaki makan iaitu Puncak Mutiara Cafe. Restoran ni terletak di Kampung Pelet, Pulau Pinang. Macam biasalah, kalau tak tau jalan, boleh waze or google maps saja. Kami datang pun kebetulan ada kenduri di Kedah dan kami pun first time nak try ni.

Apa yang best pasal restoran ni kan, menu dia confirm la sedap-sedap belaka, yang penting kawasannya besar, cantik dan selesa. Tak payah cakap, kalau korang datang mesti kagum dengan keluasan restoran ni. Kebanyakan menu yang disediakan lebih kepada menu western. Tapi korang jangan risau sebabnya dorang ada juga menu seperti yang disediakan di restoran biasa.

Ni menu yang kitorang order

Suami ada bagitau, restoran ni dikenali juga sebagai restoran ladang. Sebabnya apa tau? Sebabnya tokey restoran ni bina restoran bersebelahan dengan kandang kambing dan burung unta. Mungkin ada kandang lain sebab dalam menu yang disediakan juga terdapat ayam, daging lembu dan arnab. Kalau hari siang, korang boleh melawat ladang tersebut. Kami tak dapat nk tengok kawasan ladang sebab kami sampai malam, kalau malam apa je yang nampak kan?.
Depan pintu istana (katanya)

Ok, last but not least, kalau korang datang dan nak dapat tempat duduk yang best, korang booking dulu dengan dorang sebelum datang. Saya suggest meja di pool (macam bajet-bajet romantik gittew). Tapi better korang datang dulu, tengok kawasan, then next time korang boleh booking nak duduk area mana. Ok? Oklah, jumpa next post okey 😉 till meet again. Xoxo

Friday 11 March 2016

Boat Noodles - not recomended! (Personal Opinions)



Assalamualaikum, hai geng. Haritu saya dan si suami pergi makan dekat Boat Noodles di IOI City Mall. Nak try la apa yang special sangat sampai ramai sangat yang suka makan kat situ.

Sebelum ni, kalau saya makan sesuatu sampai terlalu kenyang, memang akan rasa nak muntah tapi boleh dikawal. Tapi lepas saya makan boat noodles ni, jalan berapa minit je, terus lari carik toilet sebab tak boleh langsung nak tahan muntah. Rugi tau! Huhu. Maybe salah saya jugak kot sebab minum air bersusu yang saya order tu penyebab rasa muak.

Selalunya kami tak pergi kedai yang tak ada logo halal tapi suami search kat internet, ada orang kata pernah nampak logo halal tu, so kami pun try la. Kami carik port untuk duduk diluar kedai sebab boleh tengok orang main ice skate kat tingkat bawah so agak-agak kalau ternampak ada orang tergolek, boleh gelak dari atas. Hahaha!

So bila makanan sampai, kami takdalah terkejut dengan size hidangan yang kecik sebab before this pun pernah tengok orang post di instagram dan facebook. Kalau nak tau, dalam setiap mee ada separuh chickenball dan secarik dua ayam atau meatball dan sehiris dua daging. Jangan mengharap isi yang banyak kalau harga murah.

Nak bagi info sikit la untuk menu yang kami order :
- 2 jenis ayam (dua jenis kuah - kuah kicap macam mee kolok & kuah macam soto orang johor)
- 2 jenis daging (dua jenis kuah - sama saja macam kuah untuk ayam)
- harga setiap mangkuk mee hanya RM1.90 saja.
- chickenball grill RM5.90 (secucuk ada 3 biji-ada 2 cucuk sepinggan) - not recomended
- meatball grill RM4.90 (secucuk ada 3 biji-ada 2 cucuk sepinggan) - not recomended
- ais blended green tea RM9
- ais blended coffee RM9
*maap ye kalau salah harga sebab ingat harga mee je. Hihi. Tapi tak lari banyak la kalau silap pun!

Lokasi (untuk IOI City Mall saja) : tingkat atas sekali. Kalau korang berada di tingkat yang ada icescape, korang naik lagi setingkat, bersebelahan restoran M.A.D. Ataupun korang boleh la pergi mana-mana cawangan boat noodles.

Suami cakap ni la first and last. Tak pergi dah la. Untuk kami laki bini ni memang kami tak rwcomend langsung la. Tapi kalau korang teringin sangat apa salahnya. Ni cuma kami suami isteri punya pendapat. Senang cerita, bukan makanan untuk tekak kami.

Oklah. Till meet again geng! Xoxo