Saturday 26 December 2015

Glam magazine X Olympea by Paco Rabanne


Assalamualaikum...lama dah tak post apa-apa. So arini sajalah nak buang sikit-sikit sawang kat blog ni. Hehe.

So macam yang korang nampak tu, aku pegang majalah Glam Dis 2015 issue yang aku beli minggu lepas kalau tak silap sebelum tengok wayang cerita Star Wars:The Force Awaken. Actually takde niat pun nak beli majalah ni tapi sebab nampak dalam plastik majalah tu dorang bagi perfume tu, terus rasa nak beli. Kalau nak ikutkan aku ni memang gila perfume cuma belum cukup kaya nak beli banyak untuk buat koleksi.

Kat dalam plastik tu dorang bagi botol tester or botol easy-to-carry or watever namanya yang size kecik macam aku pegang tu. Perfume tu namanya Olympea by Paco Rabanne and its eau de parfume which is the smell stay longer about 6-8 hours. Tapi sebabkan dorang bagi kecik cinonet tu je, nak spray banyak-banyak pun jadi sayang and i dunno how long the smell stay with me.

For me lah kan, bau dia tu memang memenuhi citarasa aku dan bagi aku bau yang macam ni boleh diklasifikasikan bau mahal. Tu bagi aku lah sebab lain orang lain citarasa. Tapi aku tak tahu kalau botol besar yang 50ml or 100ml tu akan tetap bau yang sama atau tak kan. Sebabnya, kadang-kadang bila botol besar sikit ni, ofcourse la kuantitinya lebih kan dan sekali kita spray tu, lebih banyak yang keluar so maybe bau dia boleh jadi lebih harum or lebih keras or lebih lembut.

Jadinya setakat yang botol kecik ni, memang bau dia sangat best and i really like it. So for those yang tengah tercari-cari perfume, apa kata korang beli majalah ni sebab dapat free perfume Olympea and kalau korang rasa bau dia best, korang belilah yang size besar sikit. Tak rugi pun beli sebabnya nanti korang boleh baca pulak majalah Glam ni lepas korang dah puas bau perfume tu. Dalam majalah ni pun macam-macam up-to-date pasal fesyen yang korang boleh baca time boring-boring tu kan. Ok lah, selamat membeli. Tataa....